Kami mengalu-alukan mana-mana guru, baik dari Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah, mahupun pelajar-pelajar universiti yang berkemahiran dalam subjek-subjek tertentu untuk memohon jawatan kosong guru tuisyen online kami.
Guru tuisyen online diperlukan
Guru tuisyen online ini sangat-sangat diperlukan kerana terlalu banyak permintaan, terutama sekali semasa musim PKP dan COVID-19.
Kerja kosong ini amat fleksibel kerana mengikut waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan pelajar.
Kelebihan guru tuisyen online dengan kami
- Boleh bekerja secara part-time
 - Boleh tambah pendapatan dengan mengajar perkara yang kita memang mahir
 - Bebas menyusun dan menguruskan waktu antara guru dan pelajar
 - Masa yang fleksibel
 - Tidak terikat dengan waktu kerja 9-5 seperti orang lain
 - Siang boleh kerja lain, malam boleh part-time
 - Contohnya, jika kerja secara part-time, kelas boleh bermula 8pm atau 9pm
 - Latihan dan taklimat akan diberikan semasa proses on-boarding
 - Hanya perlu mengajar pelajar sekolah, bukan orang dewasa
 - Boleh berinteraksi dengan pelajar dari seluruh Malaysia
 
Syarat dan kelayakan menjadi guru tuisyen online
- Warganegara Malaysia
 - Sihat tubuh badan
 - Berumur 20 – 50 tahun (Maklumkan jika bukan dalam lingkungan umur ini)
 - Fasih dalam Bahasa Melayu
 - Bonus jika fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
 - Jika fasih Bahasa Inggeris, berpeluang mengajar pelajar yang memang fasih Bahasa Inggeris; atau yang bukan orang Melayu
 - Boleh beri komitmen untuk mengajar tuisyen lebih dari 6 bulan
 - Mempunyai komputer / laptop / telefon bimbit
 - Mempunyai langganan Internet unlimited
 
Siapa yang sesuai isi jawatan kosong guru guru tuisyen online ini?
- Pelajar IPT yang ingin mencari pendapatan sampingan
 - Lepasan universiti atau fresh-graduate yang masih belum dapat kerja
 - Fresh-graduate yang mahu menceburi bidang pendidikan
 - Guru-guru Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah yang mahu tambah pendapatan dengan bekerja secara part-time
 - Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dan terkesan dengan pandemik Coronavirus COVID-19
 
Sila isikan maklumat seperti di bawah. Boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan berkenaan jawatan kosong guru tuisyen ini.