Kenapa Perlu Tuisyen? (Ini Kelebihan & Kebaikan Kelas Tambahan)

Ramai ibu-bapa risau dengan anak-anak yang banyak main telefon di rumah. Bila disuruh belajar, macam-macam alasan. Salah satu cara untuk mengalihkan perhatian anak-anak adalah dengan memberikan mereka satu aktiviti lain yang menjauhkan mereka seketika daripada telefon bimbit. Kami akan kongsikan juga sebab-sebab lain kenapa perlu tuisyen kerana ada banyak kelebihan dan kebaikan kelas tambahan untuk anak-anak.

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa anak-anak perlu untuk tuisyen?

Tuisyen ini merupakan satu kelas tambahan yang dilakukan selepas habis waktu sekolah ataupun hanya dilakukan pada hujung minggu. Ia boleh dilakukan sama ada melalui tuisyen di rumah ataupun dipanggil home tutor, tuisyen diajar di pusat-pusat tuisyen yang ada ataupun tuisyen secara online.

Setiap kelas tuisyen itu ada subjek yang sama seperti di sekolah dan guru-guru tuisyen itu juga antara pengajar yang berkelulusan. Antara subjek popular ialah Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Jadi ini adalah antara sebab kenapa perlu tuisyen yang anda boleh berikan kepada anak-anak anda.

 

1. Perlu tuisyen supaya anak lebih fokus

Seperti yang ditulis di atas tadi, ada tuisyen yang dalam cara yang mana pengajar datang ke rumah iaitu dipanggil sebagai home tutor. Kelas itu terdapat anak anda yang merupakan seorang pelajar dan hanya pengajar seorang. Tiada pelajar lain dan anak anda akan diajar dengan lebih efisyen, secara terus dan rasa selesa ketika berada di rumah.

Sama juga di pusat tuisyen, dimana bilangan pelajarnya sedikit nak dibandingkan di sekolah dan para guru tuisyen boleh fokus kepada setiap individu. Dalam pada masa yang sama, guru tuisyen dapat mengikut rentak atau mengetahui tahap kefahaman seorang pelajar itu bagaimana. Melalui cara itu, guru tuisyen dapat membantu para pelajar menambak baik untuk subjek-subjek yang mereka pelajari.

Mungkin disebabkan guru tuisyen ini rolenya lebih sikit dari guru sekolah dan sebab itu kenapa perlu tuisyen.

2. Tuisyen dapat mengisi masa lapang pelajar

Jika anda dan pasangan seorang yang jarang ada di rumah dan tidak dapat nak melihat juga mengajar anak anda. Anak anda juga tidak tahu nak buat apa dengan masa lapangnya dan mungkin boleh menjejaskan ilmu pembelajaranannya kerana tiada bimbingan. Sebab itu kenapa perlu tuisyen bagi anak anda kerana pendidikan anak anda boleh difokuskan dan dijaga mutu pefahaman melalui kelas tuisyen.

Dalam pada masa yang sama, melalui kelas tuisyen ini juga dapat membantu anak anda menghabiskan masa lapangnya yang tiada aktiviti dengan menambah baik pembelajarannya.

Tapi boleh juga kalau anak anda ingin habiskan waktu lapangnya dengan aktiviti riadah dan sihat, kerja part time, ambil lesen motor ke ataupun apa-apa perkara yang berfaedah dan tidak membawa ke arah keburukan.

 

3. Waktu kelas tuisyen boleh ditetapkan sendiri

Apabila anak anda di sekolah waktu kelas akan diberi mengikut jadual yang telah disediakan dan mesti masuk waktu kelas tersebut. Jika tidak masuk akan terlepas pembelajaran secara face to face.

Berbeza pula dengan kelas tuisyen. Jika anda menggunakan khidmat tuisyen di rumah ataupun home tutor, anak anda dan anda boleh berbincang untuk memilih waktu kelas yang sesuai untuk tuisyen dan berapa jam tempohnya.

Sama juga dengan kelas di pusat tuisyen, anda dan anak anda boleh memilih kelas mana yang sesuai waktunya dengan jadual anak anda. Dengan cara ini, anak anda boleh buat aktiviti yang lain selain pergi ke kelas tuisyen dan dia tidak berasa stress.

 

4. Bila tuisyen, pelajar menjadi lebih semangat dan bermotivasi

Mesti anda terfikir “Dah hantar ke sekolah tak boleh dapat motivasi ke dalam pelajaran, kenapa perlu tuisyen?” .

Boleh. Kalau di sekolah itu guru sekolah masuk ke kelas mengikut jadual. Habis kelas sampai situ sahaja. Jika anak anda mahu tanyakan sesuatu atau luah tentang subjek yang diajar, anak anda sebagai pelajar mungkin malu ingin berjumpa.

Cuma kalau melalui tuisyen, guru tuisyen itu ada masa untuk anak anda iaitu pelajar, dan mereka tahu apa sebab-sebab yang dia tidak yakin terhadap beberapa subjek ataupun tidak dapat memahami subjek-subjek yang diajar di sekolah. Bila sudah kenal pasti masalah dan punca, guru tuisyen dapat memberikan motivasi kepada pelajarnya dengan masa yang fleksibel.

 

Akhir kata

Sekolah juga antara pusat pembelajaran yang paling penting untuk anak-anak belajar ilmu untuk masa depan mereka nanti.

Tidak salah untuk anda menghantar anak anda ke kelas tuisyen walaupun dia sudah ke sekolah tetapi ikut keperluan dan tanya kehendak anda dan juga anak anda. Anak anda okay atau tidak? Anda mampu atau tidak untuk membayar komitment tambahan ini?

Selamat maju jaya untuk anda dan anak anda!