Soalan Lazim
Memandangkan ramai yang WhatsApp bertanya soalan yang sama, kami senaraikan soalan lazim di sini untuk rujukan anda.
Kalau soalan anda tiada di bawah, terus hubungi kami dan tanya sahaja.
Kalau anda baru mula mencari tuisyen dan belum pasti anak anda memerlukannya, mungkin lebih baik bermula dengan apa itu tuisyen atau bila anak perlu mula tuisyen.
Soalan lazim
Berapa harga untuk join kelas tuisyen online ini?
RM200 sebulan untuk 4 sesi (seminggu sekali), atau RM400 sebulan untuk 8 sesi (dua kali seminggu). Kedua-duanya untuk satu subjek. Butiran penuh ada di halaman harga.
Di mana kelas tuisyen ini?
Kami tidak mempunyai kelas fizikal. Kelas kami 100% online. Nama pun Tuisyen Online. : )
Belajar secara group atau personal?
Tidak ada kelas secara group. Kelas ini adalah secara personal iaitu one-to-one. Ini bermakna, semasa proses pembelajaran, hanya ada seorang guru dan seorang pelajar sahaja. Tidak bercampur dengan yang lain. Semestinya perhatian guru adalah 100% pada pelajar!
Subjek apa yang ada?
Untuk sekolah rendah: Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan beberapa subjek lain mengikut kekosongan guru. Untuk sekolah menengah: subjek teras dan elektif STEM termasuk Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Lihat senarai penuh di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Berapa lama satu sesi kelas?
45 minit setiap sesi.
Macam mana cara pembelajaran di Tuisyen Online?
Seperti yang dimaklumkan, cara pembelajaran adalah secara online. Belajar pun, santai sahaja. Tidak ada stress-stress macam di sekolah. Tak faham, boleh terus tanya. Tak reti buat homework pun boleh tanya.
Macam mana nak bayar?
Alah, nanti-nantilah dulu. Masuklah trial class dulu. Tengok-tengok sesuai ke tak. Kalau ok, nanti kami beritahu macam mana nak bayar.
Tak kira, nak tahu juga. Pembayaran macam mana?
Baiklah, orang tanya kita kena jawab. Cara pembayaran adalah secara online / kad kredit / FPX / manual bank in. Ibu bapa perlu login ke dalam sistem untuk melihat dan menyemak baki yuran tuisyen pelajar. Ya, ada sistem. Bukan main tulis guna pen atas kertas A4. Semuanya sistematik. : )
Bayar dulu baru belajar; atau belajar dulu baru bayar?
Bayar dulu baru belajar. Pembayaran juga perlu dilakukan dalam masa 7-14 hari pada setiap bulan tersebut. Contohnya, untuk kelas tuisyen bulan April, anda perlu bayar selewat-lewatnya pada 14 April.
Andaikata belajar 2 bulan dan nak berhenti, ada caj apa-apa?
Jika berhenti dari tuisyen, tidak ada apa-apa caj. Cuma rugi jika tidak sambung sebelum faham apa yang sepatutnya.
Selepas berhenti, beberapa bulan kemudian saya berminat nak join semula. Kena register baru atau macam mana?
Jika berminat untuk join semula, masih perlu daftar baru. Cuma kami tidak janji akan dapat guru yang sama.
Bila boleh mula?
Amboi, tak sabar-sabar nampaknya. : ) Kalau anda sudah bersedia, anda boleh isikan borang terlebih dahulu. Selepas preview atau trial class, kalau suka dengan guru itu, boleh mula bila-bila sahaja. Boleh bincang dengan guru, rancang waktu yang sesuai dengan kedua-dua belah pihak.
Macam mana nak booking untuk preview?
Seperti yang kami maklumkan, anda hanya perlu isi borang sahaja terlebih dahulu. Kami akan berikan link untuk booking nanti.
Saya seorang perempuan. Boleh tak nak pilih guru perempuan sahaja?
Maaf, tidak boleh. Ini kerana guru untuk setiap subjek adalah terhad. Sukar untuk kami uruskan guru dengan jantina tertentu untuk subjek tertentu. Insya Allah, tak ada apa-apa.
Anak saya tak reti guna Zoom. Susah tak?
Ibu bapa hanya perlu buka pautan yang kami hantar. Selepas dua atau tiga sesi, kebanyakan pelajar sudah boleh masuk sendiri.
Kalau internet putus semasa kelas, macam mana?
Beritahu guru. Sesi boleh disambung atau dijadualkan semula, dan ia tidak dikira sebagai sesi yang telah digunakan.
Boleh tak saya hubungi Tuisyen Online melalui WhatsApp?
Boleh sangat. Tekan sahaja 012-3377200.