Apa Itu Tuisyen? Maksud, Jenis dan Bila Anak Perlukannya
Tuisyen ialah kelas bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar di luar waktu persekolahan, biasanya untuk satu mata pelajaran tertentu. Perkataan ini datang daripada perkataan Inggeris tuition, yang bermaksud pengajaran. Tujuannya bukan menggantikan sekolah, tetapi menampung apa yang tidak sempat difahami di dalam kelas: nisbah guru kepada pelajar di sekolah terlalu besar untuk seorang guru berhenti pada setiap murid yang tersangkut.
Maksud tuisyen
Tuisyen ialah bimbingan pelajaran tambahan di luar waktu sekolah, biasanya difokuskan kepada satu mata pelajaran dan dijalankan oleh guru yang bukan guru kelas anak di sekolah.
Perkataan “tuisyen” masuk ke dalam Bahasa Melayu daripada perkataan Inggeris tuition. Menariknya, dalam Bahasa Inggeris hari ini perkataan tuition lebih kerap merujuk kepada yuran pengajian, bukan pengajarannya. Dalam Bahasa Melayu maknanya kekal pada perkara asal: proses mengajar dan membimbing.
Sebab itu apabila orang Malaysia sebut “hantar anak pergi tuisyen”, maksudnya kelas, bukan bayaran.
Kenapa tuisyen wujud
Satu kelas di sekolah rendah dan menengah di Malaysia biasanya membawa 25 hingga 40 orang pelajar. Seorang guru, satu waktu, satu sukatan yang perlu dihabiskan sebelum peperiksaan.
Dalam keadaan itu, guru terpaksa bergerak mengikut kelajuan majoriti. Pelajar yang sudah faham akan bosan; pelajar yang tersangkut pada tajuk minggu lepas akan terus tersangkut, sebab minggu ini kelas sudah bergerak ke tajuk baharu. Jurang itu tidak menutup sendiri. Ia melebar.
Tuisyen wujud untuk menutup jurang tersebut, bukan untuk mengulang semula semua yang sudah diajar.
Jenis-jenis tuisyen
Tuisyen berkumpulan
Tuisyen satu ke satu
Tuisyen online
Terdapat juga kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolah sendiri. Ramai yang menyamakan kedua-duanya, tetapi ia berbeza: kelas tambahan menggunakan guru sekolah dan saiz kelas yang sama seperti waktu biasa, jadi masalah nisbah guru kepada pelajar tadi masih ada.
Tanda anak anda perlukan tuisyen
Bukan setiap anak perlu tuisyen. Tanda yang paling jelas bukan markah rendah, tetapi corak:
- Markah satu subjek jatuh sementara subjek lain kekal stabil. Ini menunjukkan masalah pada tajuk tertentu, bukan pada usaha atau tumpuan.
- Anak boleh siapkan kerja rumah hanya apabila ada orang duduk di sebelahnya.
- Anak berkata "cikgu ajar laju sangat" atau "saya malu nak tanya".
- Tajuk asas yang sepatutnya sudah kukuh masih goyah. Contohnya darab dan bahagi masih tersangkut sedangkan kelas sudah masuk pecahan.
Tanda terakhir itu yang paling penting. Matematik dan Sains dibina secara bertingkat: kalau tapaknya retak, tingkat seterusnya tidak akan berdiri.
Berapa lama tuisyen perlu diteruskan?
Sehingga jurang itu tertutup, bukan sehingga peperiksaan.
Ramai ibu bapa mula mencari tuisyen dua atau tiga bulan sebelum peperiksaan besar. Pada waktu itu yang boleh dilakukan hanyalah teknik menjawab, kerana tiada masa lagi untuk membina asas yang tertinggal sejak dua tahun lepas. Kalau boleh, mulakan pada waktu markah baru mula goyah, bukan selepas ia jatuh.
Tuisyen di Tuisyen Online
Kami menjalankan tuisyen satu ke satu, 100% online, menerusi Zoom atau Google Meet. Setiap sesi 45 minit, seorang guru untuk seorang pelajar, untuk satu subjek pilihan anda. Tiada kelas berkumpulan dan tiada kelas di rumah.
Subjek meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah, mengikut sukatan KSSR dan KSSM. Anda boleh lihat senarai penuh di halaman tuisyen sekolah rendah dan tuisyen sekolah menengah.
Sebelum membuat keputusan, ada kelas preview percuma supaya anak anda boleh cuba dahulu dengan guru yang akan mengajarnya.
Kalau anda masih menimbang sama ada anak anda benar-benar perlukannya, baca kenapa perlu tuisyen. Untuk perbandingan kaedah pula, lihat beza tuisyen online dan tuisyen biasa.